Poster untuk projek kami... |
Kali ni saya nak ceritakan pengalaman pergi ke Pulau Mabul...
Itulah pertama kali saya pergi ke Pulau Mabul.
Perjalanan kami ke sana mengambil masa sebanyak 4 ke 5 jam.
Permandangan di sana sangat cantik, air lautnya sangat jernih hingga boleh melihat hidupan di dalamnya.
Kami terpegun melihat keindahan di Pulau Mabul lebih-lebih lagi matahari terbenam dan terbit dan hidupan lautnya.
Gambar di atas menunjukkan pemandangan yang ada di Pulau Mabul.
Di sana kami menetap di Sea Horse Scuba Resort.
Pada hari pertama kami melawat sekolah yang ditubuhkan untuk kanak-kanak stateless ini iaitu Mabul Kids Society. Kami memberikan barangan seperti printer, alat tulis dan makanan kepada mereka.
Kanak-kanak ini sangat bijak dan pandai. Mereka sangat peramah dan dengar kata. Majoriti penduduk di sana berbangsa bajau darat, bajau laut, bajau suluk dan suluk. Kanak-kanak ini mempunyai keinganan untuk belajar yang tinggi dan cita-cita yang besar.
Official Video Hak Asasi Manusia III: SHREK Project
Projek ini menyedarkan saya bertapa beruntungnya saya sebab dapat bersekolah. Saya berharap kanak-kanak stateless ini mendapat hak pendidikan pada masa akan datang. Walaupun program itu telah lama berlalu tetapi kenangan di sana masih segar di ingatan saya. Program ini mengajar saya banyak benda dan erti kehidupan.
Gambar kenangan bersama dengan kanak-kanak Pulau Mabul. |
Team Hak Asasi Manusia III: SHREK Project |
No comments:
Post a Comment